foreign worker – FWCMS® https://fwcms.com.my Foreign Workers Centralized Management System Tue, 25 Feb 2025 03:08:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.0.9 https://fwcms.com.my/wp-content/uploads/2019/11/cropped-logo-main-mobile-hd-32x32.png foreign worker – FWCMS® https://fwcms.com.my 32 32 PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN ePLKS & PEMBELIAN INSURANS MELALUI FWCMS BERKUAT KUASA 1 FEBRUARI 2025 https://fwcms.com.my/2025/02/07/pengumuman-penting-permohonan-eplks-pembelian-insurans-melalui-fwcms-berkuat-kuasa-1-februari-2025/ Fri, 07 Feb 2025 10:53:28 +0000 https://fwcms.com.my/?p=17312 Selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), berkuat kuasa 1 Februari 2025, semua permohonan ePLKS baharu wajib dikemukakan melalui platform FWCMS.

MAKLUMAN UNTUK MAJIKAN

  1. Pembelian insurans wajib dilakukan melalui platform FWCMS, yang telah berintegrasi dengan Gerbang Insurans Malaysia, bagi memastikan proses pembelian insurans yang lebih cepat, mudah, dan teratur.
  2. Majikan yang telah membeli insurans secara manual sebelum mengemukakan permohonan ePLKS melalui FWCMS dikehendaki:
  • Menghubungi syarikat atau agen insurans untuk membatalkan polisi insurans sedia ada dan memohon polisi baharu yang memenuhi keperluan permohonan ePLKS melalui FWCMS.
  • Membeli insurans menggunakan nombor Insurance Transaction Reference (ITR) yang dijana secara automatik oleh sistem FWCMS.
  • Menyerahkan nombor ITR kepada syarikat atau agen insurans sebagai rujukan bagi pembelian insurans, sama seperti proses pembelian insurans eVDR sebelum ini.

Perubahan ini telah dimaklumkan kepada semua syarikat insurans di Malaysia dalam seminar industri pada bulan Oktober 2024.

MAKLUMAN UNTUK AGEN INSURANS

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau isu berkaitan pelaksanaan ini, agen insurans disarankan untuk terus menghubungi ibu pejabat syarikat insurans masing-masing bagi mendapatkan bantuan dan penyelesaian dengan segera.

BANTUAN ATAU PERTANYAAN LAIN

Untuk bantuan atau pertanyaan lain, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan FWCMS di talian 03- 8689 2822 (Isnin hingga Ahad, 8:00 pagi – 9:00 malam) atau emel kami di enquiries@fwcms.com.my.

Sekian, terima kasih.

Bestinet Sdn. Bhd.

]]>
Bestinet perkenal sistem keselamatan elak eksploitasi pekerja asing https://fwcms.com.my/2024/04/24/bestinet-perkenal-sistem-keselamatan-elak-eksploitasi-pekerja-asing/ Wed, 24 Apr 2024 10:25:31 +0000 https://fwcms.com.my/?p=17130

KUALA LUMPUR: Bestinet Sdn Bhd (Bestinet), syarikat teknologi maklumat, memperkenalkan teknologi keselamatan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang dapat mengelak eksploitasi pekerja asing.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, sistem FWCMS ialah platform digital sepenuhnya, canggih dan diiktiraf oleh UN World Summit Award (WSA) bagi pengurusan pekerja asing secara holistik.

Sistem ini dibangunkan dan telah dilaksanakan untuk mengatasi eksploitasi ke atas pekerja asing secara berkesan melalui beberapa strategi utama, termasuk, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dengan pendigitalan semua langkah dan prosedur, memastikan setiap fasa proses pengambilan pekerja asing dapat dipantau dan dikesan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bestinet, Ismail Mohd Noor, berkata beliau bimbang terhadap eksploitasi yang dihadapi oleh pekerja asing di Malaysia.

Beliau berkata, baru-baru ini, pakar yang dilantik oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melahirkan kebimbangan serius berhubung eksploitasi dan keadaan melarat pekerja asing Bangladesh di Malaysia.

“Syarikat kami telah melaksanakan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), dan adalah amat merisaukan untuk menyaksikan penderitaan yang perlu dihadapi oleh pekerja-pekerja asing yang telah tiba di Malaysia ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengakui terdapat penipuan dalam proses pengambilan pekerja asing di Negara Sumber yang sering mengakibatkan pekerja asing terbiar tanpa pekerjaan atau tempat berteduh sebaik tiba di negara ini.

“Misi kami apabila melaksanakan sistem ini, antaranya adalah menjadi kewajipan kita untuk sama-sama menjaga kebajikan dan hak asasi pekerja asing; ia melangkaui transaksi semata-mata,” tambah Ismail.

FWCMS merangkumi beberapa ciri penting yang bertujuan untuk menyelaraskan pengambilan dan pengurusan pekerja asing secara digital.

Sistem ini memastikan majikan memohon dan mendapatkan kelulusan Kerajaan untuk permohonan kuota secara dalam talian, menjadikan proses lebih efisien, tepat dan lebih telus. Selain itu, ia memastikan kontrak pekerjaan antara pekerja dan majikan dikeluarkan, difahami, ditandatangani dan disimpan dengan selamat semuanya secara digital.

FWCMS juga menyediakan fungsi berkesan untuk pengesahan oleh pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk kedutaan dari negara asal pekerja asing dan agensi kerajaan Malaysia.

Kebolehcapaian ini membantu dalam mengekalkan pematuhan peraturan. Ismail menekankan kepentingan ketelusan dalam proses pengambilan pekerja asing.

“Dengan segala-galanya yang didokumenkan secara digital dan boleh diakses, kita dapat melindungi pekerja asing dengan lebih baik daripada tawaran kerja palsu dan situasi eksploitatif lain,” katanya.

Selain itu, FWCMS dilaksanakan selaras dengan peraturan Kerajaan dan standard antarabangsa, menjamin bahawa semua amalan pengambilan pekerja asing memenuhi piawaian undang-undang dan etika.

Sistem ini juga menyediakan saluran yang selamat untuk semua pekerja melaporkan sebarang kejadian penganiayaan atau penderaan, sekali gus melindungi keselamatan mereka sambil memudahkan akses kepada sokongan yang diperlukan.

Tambahan lagi, modul penting seperti eWages dapat memantau pembayaran gaji secara automatik bagi memastikan pekerja menerima gaji yang sepatutnya dan menyediakan mekanisme untuk memaklumkan pihak berkuasa tentang percanggahan atau kegagalan pembayaran gaji oleh majikan.

“FWCMS bukan sahaja memperkemas semua prosedur pengambilan pekerja asing tetapi ia juga mempunyai ciri tambahan untuk menjaga kesejahteraan dan keselamatan pekerja, seperti keupayaan untuk melaporkan isu buruh dan memastikan mereka menerima gaji mereka dengan sepatutnya dan tepat pada masanya,” tambah Ismail.

Beliau menekankan kepentingan penambahbaikan berterusan dan menjadi tanggungjawab bersama semua pihak berkepentingan. “Tiada satu sistem atau penyelesaian boleh menyelesaikan semua cabaran yang berkaitan dengan pekerja asing di Malaysia.

Ia memerlukan dialog berterusan, penyesuaian dan kerjasama antara negara, perniagaan dan organisasi antarabangsa untuk melindungi dan memartabatkan setiap hak asasi manusia dengan sebenar-benarnya, tambahnya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/04/1238686/bestinet-perkenal-sistem-keselamatan-elak-eksploitasi-pekerja-asing

 

]]>
Bestinet unveils technology to help avoid plight of migrant workers https://fwcms.com.my/2024/04/24/bestinet-unveils-technology-to-help-avoid-plight-of-migrant-workers/ Wed, 24 Apr 2024 10:20:34 +0000 https://fwcms.com.my/?p=17128

KUALA LUMPUR: Bestinet Sdn Bhd has unveiled a foreign workers centralised management system (FWCMS) following concerns raised by United Nations Human Rights Council-appointed experts on the plight of Bangladeshi migrants in Malaysia.

Bestinet is a local information technology company known for delivering comprehensive cross-border technology solutions.

Bestinet chief executive officer Ismail Mohd Noor said the adversities faced by migrant workers here are distressing.

He acknowledged the deceptive recruitment tactics that often result in migrant workers being left without employment or shelter upon their arrival in the country.

“Many Bangladeshi migrants come to Malaysia hoping for stable jobs, but often find out there are no jobs available when they get there. Such cases could be avoided with proper due diligence through the FWCMS system.

“Our FWCMS is not just a technological solution; it embodies our unwavering dedication to upholding the welfare and fundamental rights of migrant workers,” Ismail said today.

FWCMS, he said, revolutionises the hiring and management processes for migrant workers, ensuring transparency, accountability and adherence to regulatory standards.

He said by digitising and centralising procedural steps, the system provides visibility and traceability throughout the employment journey, mitigating the risk of exploitation and abuse.

Key features of FWCMS include streamlined application processes for employers, enhanced contract management mechanisms and seamless verification channels for relevant authorities.

Furthermore, the system incorporates safeguards such as secure wage monitoring modules and anonymous reporting channels to protect workers’ safety and ensure fair treatment.

FWCMS aligns with government and international regulations, guaranteeing that all hiring practices meet legal and ethical standards, Ismail said.

He noted that collaborative effort is required to address the multifaceted challenges of migrant labour.

“No single system or solution can solve all the challenges associated with migrant labour. It requires ongoing dialogue, adaptation, and cooperation between nations, businesses, and international organisations to protect and uplift every migrant worker’s human right truly,” he added.

Source: https://www.nst.com.my/business/corporate/2024/04/1042075/bestinet-unveils-technology-help-avoid-plight-migrant-workers

 

]]>
Senarai OSC / OSC List https://fwcms.com.my/2022/07/31/senarai-osc-jtk/ Sun, 31 Jul 2022 09:28:00 +0000 https://fwcms.com.my/?p=14612 MAKLUMAN

Kementerian Sumber Manusia (KSM) ingin memaklumkan kepada majikan-majikan bahawa mulai Isnin, 1 Ogos 2022, Pusat Kelulusan Setempat (One Stop Centre – OSC) bagi proses temuduga permohonan kuota pekerja asing akan mula beroperasi di Pejabat Tenaga Kerja Negeri.

Majikan dinasihatkan untuk menyemak maklumat lanjut temuduga melalui emel yang diterima.


Senarai OSC

ANNOUNCEMENT

The Ministry of Human Resources (MOHR) would like to inform employers that from Monday, 1 August 2022, the One Stop Center (OSC) for the interview process of foreign workers quota applications will start operating at the Pejabat Tenaga Kerja Negeri.

Employers are advised to check further interview information via email received.


OSC List

]]>
Worker Arrival Update (WAU) Form For Foreign Worker Arrival / Borang Worker Arrival Update (WAU) Bagi Kemasukan Pekerja Asing https://fwcms.com.my/2022/04/13/worker-arrival-update-wau-form-for-foreign-worker-arrival-borang-worker-arrival-update-wau-bagi-kemasukan-pekerja-asing/ Wed, 13 Apr 2022 02:00:00 +0000 https://fwcms.com.my/?p=11567 MAKLUMAN

ANNOUNCEMENT

]]>
Maklumat dokumen bagi permohonan dan pengesahan di Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Cawangan https://fwcms.com.my/2022/02/17/jabatan-tenaga-kerja-semenanjung-malaysia/ Thu, 17 Feb 2022 06:29:56 +0000 https://fwcms.com.my/?p=7804 MAKLUMAN

Pihak Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) memaklumkan bahawa dokumen wajib seperti dibawah tidak diperlukan bagi permohonan atau pengesahan di Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Cawangan. Dokumen tersebut adalah:

  1. Surat Perakuan Pendaftaran Tempat Pekerjaan – Seksyen 63A
  2. Surat Perakuan Pendaftaran Pekerja Asing – Seksyen 60K

Sila ambil maklum.

ANNOUNCEMENT

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) has informed that the below mandatory documents are not required for application or confirmation at Pejabat Tenaga Kerja (PTK) branches. Those documents are:

  1. Surat Perakuan Pendaftaran Tempat Pekerjaan – Seksyen 63A
  2. Surat Perakuan Pendaftaran Pekerja Asing – Seksyen 60K

Please take note.

]]>
eQuota (Document Checklist) https://fwcms.com.my/2022/02/16/equota-document-checklist/ Wed, 16 Feb 2022 06:46:03 +0000 https://fwcms.com.my/?p=7671

MAKLUMAN / ANNOUNCEMENT

 

eQuota (Document Checklist)
https://fwcms.com.my/wp-content/uploads/2023/03/eQuota-SENARAI-SEMAK-KELULUSAN-FWe.pdf

 

 

]]>
Foreign Workers Arrival Process (Pre-Departure SOP) https://fwcms.com.my/2022/01/28/workers-arrival-process/ Fri, 28 Jan 2022 11:38:48 +0000 https://fwcms.com.my/?p=7123 MAKLUMAN / ANNOUNCEMENT

]]>
PERMOHONAN PENGAMBILAN PEKERJA WARGA ASING / APPLICATION FOR RECRUITMENT OF FOREIGN WORKERS https://fwcms.com.my/2022/01/17/permohonan-pengambilan-pekerja-warga-asing-application-for-recruitment-of-foreign-workers/ Mon, 17 Jan 2022 10:30:58 +0000 https://fwcms.com.my/?p=6880 MAKLUMAN

PERMOHONAN PENGAMBILAN PEKERJA WARGA ASING

  1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Disember 2021 telah bersetuju untuk pengambilan pekerja warga asing dalam sektor yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing. Sehubungan itu, proses permohonan bagi pengambilan pekerja warga asing ini akan dibuka secara berperingkat. Permohonan akan dibuka mulai 28 Januari 2022 untuk pengambilan 32,000 pekerja warga asing dalam sektor perladangan secara pengecualian khas.
  2. Permohonan pekerja warga asing untuk sektor-sektor lain yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing termasuk sektor perladangan tanpa pengecualian khas akan mula dibuka pada 15 Februari 2022.
  3. SOP Kemasukan Pekerja Warga Asing yang telah ditetapkan oleh Kerajaan merangkumi empat fasa iaitu pra pelepasan, semasa ketibaan, selepas ketibaan iaitu tempoh kuarantin dan pasca kuarantin. Semua pekerja warga asing perlu menjalani tempoh kuarantin selama 7 hari dan ujian saringan COVID-19 sebanyak 2 kali dalam tempoh tersebut yang akan ditanggung oleh majikan.

Pengumuman : Selepas pengumuman daripada YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia pada 15 Januari 2022 mengenai permohonan online pengambilan pekerja asing, dimaklumkan bahawa ia akan dapat diakses mulai 28 Januari 2022 melalui laman web untuk sektor perladangan (Pengecualian Khas). Semua SOP yang terpakai dan berkaitan akan diumumkan terus oleh Kementerian Sumber Manusia.

ANNOUNCEMENT

APPLICATION FOR RECRUITMENT OF FOREIGN WORKERS

  1. The Cabinet Meeting on 10 December 2021 has agreed to the recruitment of foreign workers in sectors permitted for the employment of foreign workers. Accordingly, the application process for the recruitment of foreign workers will be opened in stages. Applications will be open from 28th  January 2022 for the recruitment of 32,000 foreign workers in the plantation sector with special exemptions.
  2. Applications for foreign workers for other sectors allowed for foreign workers, including the plantation sector without special exemptions, will be open on the 15th of February 2022.
  3. The Government’s SOP for the Admission of Foreign Workers includes four phases: pre-departure, on arrival, after arrival (quarantine period) and post-quarantine period. All foreign workers must undergo a quarantine period of 7 days and a COVID-19 screening test of 2 times during that period, of which the employer will bear the cost.

Announcement: Subsequent to the announcement from YB Datuk Seri M. Saravanan, Minister of Human Resources on 15 January 2022 regarding the online application for the recruitment of foreign workers, please be informed that it will be made accessible from 28 January 2022 through the website for the plantation sector (Special Exemption). All applicable and related SOPs will be announced directly by the Ministry of Human Resources.

]]>
New FWCMS https://fwcms.com.my/2019/12/13/new-fwcms/ Fri, 13 Dec 2019 00:00:04 +0000 https://fwcms.com.my/?p=3335 WE ARE PROUD TO ANNOUNCE THE LAUNCH OF OUR NEW WEBSITE!

We have launched our new website and we are excited to present our new look. Our new website provides a clear message about who we are, what we stand for and about our solutions. The website also boasts a clean design, intuitive and consistent site-wide navigation system with improved menu functionalities that direct you to the most relevant information for your needs. It is also fully responsive on mobile devices and the website pages are easy to navigate.

Click the button below to view the manual we have prepared to get you familiar with the website.

]]>